Followers

#001:Minus one from the age

Salam ukhwah, teman hidup alam yang tidak berapa maya la sangat. Sepinggan nasi putih besertakan dengan  lauk asam pedas kegemaran orang-orang yang pernah disekeliling aku dan semangkok laksa tanpa otak udang terus - menerus mecacatkan makanan aku pada hari ini. Tapi hairan, habis semua licin mengikut sunnah. Mak, sejak beberapa hari apabila aku membuat keputusan untuk berada di celah ketiak mak, buang terus komitmen dengan kerja jalanan , senyum lebar dengan ada-nya aku di rumah ini. Aku cuma ada sebulan. Dalam masa sebulan ini, mak tanpa putus asa, cuba jamu aku dengan hidangan lazat sambil mengeluh. Penat aje aku bela dia dulu, montel comel-comel sekarang dah sekering-kering ikan masin .Dah kenapa ? Soal mak aku dengan muka kerut kanan kiri  Ini cabaran hebat , habis diet dan bentuk pinggul yang dulunya aku idamkan. 
Asam pedas. Lama benar aku tak sentuh daun kesum, bunga kantan, cabai kering yang dulu aku masterchief dalam bidang tersebut. Sekarang, mungkin bebal sehingga abah dah banyak kali bawa balik raw material mengidam asam pedas johor. Perkataan 'Asam Pedas Johor' yang senak dada untuk aku sebut malah lagi untuk masak. 
Rasanya pedas dengan cili kering yang dikisar halus, masam asam jawa yang dipenyek manja, aroma bunga kantan dan daun kesum yang rahsia sedapnya asam pedas aku. Dari segi pilihan ikan, aku lebih gemar gunakan ikan yg berlemak tepu berbanding ikan pari yang tidak jemu dimakan oleh orang-orang. Terdapat perbedaan di situ, tp aku tetap positif dengan perbezaan. Mana mungkin ada org perlu mempunyai persamaan dari semua segi, hilanglah keunikan manusia. 

" Ye bila dimulut , aku boleh dgn angkuhnya aku okeh. Ye bila phone number di hp boleh di blocklist. Ye bila Laman Sesawang aku di privatekan . Tetapi dengan tidak, semua kenangan aku yang bodoh-bodoh itu selalu berada di dalam medulla obolongata aku. "

Setakat ini sahaja tentang asam pedas johor dan orang-orang pun dah bahagia dengan awok-awok. Cuma, setia lah kepada sesiapa shj yang kita pernah tabur janji teruk lagi kalau sebuah harapan kan, asam pedas? Jangan ulangi kesilapan org-org , mcm pernah buat dekat aku dulu. Jangan la tinggal awak-awak tu sekelip mata begitu sahaja hanya satu alasan : hati mu sudah terlanjur kepada yang- Lain. Aku doakan untuk org-org yang pernah aku sayang sehingga lah sekarang. 

Berbalik kepada #001:Minus one from the age. 
Tanggal 03012013. Ucapan "belated birthday" kepada diri aku sendiri untuk yang ke 23 tahun. Alhamdulillah. Insyallah dengan pengalaman , jatuh tersungkur, meniarap menjulur dapat memberi satu peluang untuk aku terus berjuang. 


No comments: