Followers

#15 IMAN KAU BAGUS SANGAT KE??




Aku ada tips untuk korang yang belum bertemu jodoh yang baru nak memilih jodoh korang?

Pertama, awek - awek ini , cuba korang pancing lelaki-lelaki yang kau tengah pening nak pilih ni , ajak diowang tengok wayang TETAPI , masa tengok wayang tu di antara jam 4.30pm sampai  7.30pm.
Yang penting, awek-awek ini pastikan korang ABC(Allah Bagi Cuti) dan tiket tu awek-awek kenalah belanja untuk lelaki-lelaki terpilih korang ni.

Kedua, proses menganalisa berjalan dengan lancar jika jam tepat 5pm ke atas. Cuba anda semua perhatikan tindakan apa yang diambil oleh Lelaki-lelaki pilihan korang ...


  • Pilihan A : Teman lelaki anda buat-buat selamba je, sambil sedut air coke-light dengan rakusnya membaham popcorn dan makin galak excited beliau dengan cerita yang ditayangkan .

  • Pilihan B : Teman lelaki anda gelisah, toleh kanan - toleh kiri, tengok awak. Dan dia bisik di telinga anda , beritahu anda dia nak keluar sebentar , terus je dia melangkah keluar panggung wayang . Tinggalkan anda sekejap macam tu sahaja.

  • Pilihan C : Teman lelaki anda , terkejut semacam merenung jam tangan dia . Dia terus bisik , mengajak anda pergi solat Asar sebentar sebab scene cerita still kat part-part awal lagi. No more interesting scence yet. 

  • Pilihan D : Tiba - tiba teman lelaki anda bangun berdiri tegak dan melaungkan azan dalam panggung wayang. Dia merasakan tanggungjawab dia untuk mengingatkan semua penonton bahawa sudah masuk solat. Dan lebih extreme lagi, mengajak semua untuk solat berjemaah.

Ketiga, Maaf jika cara pemikiran aku boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sesapa. Tetapi , cubalah fahami di mana pilihan anda daripada tindakan di atas. Secara tidak langsung, korang boleh menilai dimana tahap keimanan kekasih anda. Ingat, solat itu tetap wajib walaubagaimanapun sekali keadaan. 

Keempat, setiap tuduhan yang dilontarkan kepada kaum adam perlulah dipersoalkan balik dalam diri korang awek-awek , di tahap manakah Iman anda juga?? 

pss:/ Aku juga tidak sempurna bab-bab keislaman, dengan cara ini juga aku belum pernah jumpa yang mana boleh menegur aku kalau aku buat salah. Aku masih menunggu Imam yang boleh membimbing aku untuk dunia dengan akhirat. Insyallah. SAYA TUNGGU AWAK.



No comments: