Followers

#11 Serabut mela"ut

Salam zohor. Phew lambat mengerjakan solat wajib, memang dah nak kena siku kalau setiap kali waktu masuk  asyik nak melambat-lambatkan. Makcik Bedah selalu berpesan kat aku, if hang tu terima apa-apa keputusan,kebaikan hidup dengan tempoh yang lambat , hang jangan dok mengungkit, merungut sebab besarnya melengah-lengahkan solat. Mak dah pesan weyh, tetapi minda dan rohani dan fizikal aku masih buat perkara yang salah ini. Kadang-kadang tinggalkan solat tanpa rasa takut la even kau tak rasa salah langsung dengan perbuatan kau. Astargfirullah'azim. Melintang jauh juga keimanan aku untuk seimbangkan hal dunia dan akhirat. 

Yez, aku mungkin bertudung dan  bersopan dalam pemakaian aku dan of cos la korang jangan terus menerus memikir aku terlalu lengkap dalam bab-bab keimanan  dan keislaman. Aku still lagi  menimba ilmu, mencorak cara hidup aku, dan  menampung yg mana mana bahagian yang masih kosong . Jangan la kita racist dengan yang masih lagi belum menutup aurat, entah diowang lebih cukup amal solat diowang dari aku. Aku pernah dikecam teruk oleh berlawan jantina aku , bekas teman hati aku yang tanpa rasa belas kasihan tinggalkan  aku tanpa belas kasihan . Dia pernah hingar-bingar di laman sosial bahwa jangan terpedaya dengan penampilan aku yang bertudung belum tentu cukup baik . Penuh dengan sifat-sifat negative. Sikit aku tidak melantun wahai  bekas teman hatiku. Aku tidak pernah menganggap diri sudah  serba serbi jika aku memang bertudung dari dulu lagi.  Aku tetap ambil positif dari bebelan benci dia , yang buatkan aku fikir ada beberapa perkara aku perlu perbetulkan. Solat yang kosong kejap ada, berpegangan tangan dengan bukan muhrim, berpelukan  adalah perkara yang salah  tetapi dia kenapa bukan menegur secara  berdepan , selepas bercerai baru nak pung-pang di muka buku. Dia mungkin seronok mungkin melakukan dosa-dosa tersebut dengan aku. mungkin. ?? 
Cuma satu sahaja, terima kasih tinggalkan aku membabi buta dengan menghadirkan peringatan terhadap setiap kesalahan aku yang aku lakukan selama ini. 

Aku teringat satu quote dari satu blog yang memang aku follow dari dulu lagi. 

Tuhan jumpa kan kita.
Pada masa yang salah.
Sebab kita terlalu attached sampai susah nak pisah.
Dia takut kita lupakan Dia.
Jadi Dia cipta kita berdua bukan jodoh yang sepatutnya. ~susudalambotol


No comments: