Followers

# 13 Sibuk-sibuk

Sibuk-sibuk busuk orang,
Mulut sendiri lupa dibaunya,
Sibuk - sibuk ketiak orang,
Badan sendiri lupa dijaga.

Sibuk-sibuk cinta pertama,
Terlupa janji yg berterabur sini-sana
Sibuk-sibuk hidup bersama,
Rupanya beratur bini-bini yang setia

Aku betul - betul sibuk sekarang. Sibuk dengan ujian ketahanan minda dan iman dengan yang akan datang. Apa yang aku perlu buat, adalah sibuk-sibuk lah dengan tunduk-sujud meminta perlindungan daripada-Nya dengan rasa rendah hati dan tawadduk.

Aku betul-betul sibuk yakin kan kedua-dua ibu bapa ku tentang keputusan yang aku lafazkan adalah jujur datang dari hatiku. Sibuk, pujuk abah dan mak supaya jangan terlalu mudah percaya dengan orang luar yang perlaku jujur dan ikhlas padahal kita tidak tahu niat hujung pangkal hatinya. Aku sibuk sekarang menjadi paranoid.

Aku betul-betul sibuk melarikan diri dari sesiapa sahaja yang tiada gunaya lagi sisa bakinya dalam kehidupan yang dihadapanku. Sibuk melarikan diri bukan beerti tidak berani menghadapi dan menyelesaikan masalah. Sampai bila.? Sampai bila-bila mungkin. Ini cara aku.

Aku betul-betul sibuk dengan memberikan satu jawapan yang kukuh supaya tidak menyinggungkan perasaan semua orang. Sibuk menyusun kata-kata agar semua orang boleh analisa setiap patah mulut aku dan terus memahami dengan bukan soalan kedua.

Aku betul-betul sibuk merawat hati aku yang dulunya dihancur lumat yang tiada jangka hayat lagi kalau dilihat. Sibuk aku gunakan ubat dengan pelbagai ubat, aku tidak sedar ubat segala ubat adalah kembali kepada-Nya yang telah lama aku tinggalkan. Aku perlu sibuk berurusan dengan-Nya bukan sibuk berurusan dengan makhluk-Nya yang tidak putus-putus akan tinggalkan kita juga nanti.

Aku betul-betul sibuk sekarang.
Semoga aku diberikan perlindungan dalam setiap langkah urusan ku di atas dunia ni dan beserta niat Hanyalah Untuk-Nya.

Aku yang sibuk~NAEILA

No comments: