Followers

akhirnya

Akhirnya. Saya boleh menekan keyboard lappy untuk menyusun ejaan-ejaan untuk di dalxamam blogger domoistalk.blogspot ini. Fuh, terasa badi malas melekat kat belakang, saya terus menekan keyboard lappy. Seperti yang dipersoalkan, setiap perbuatan yang mendorong ada sebabnya. Entah, sejak akhir-akhir ini, saya rasa hilang terus semua soul, semangat. Tetapi perasaan membuak , rasa nak marah, apa yang orang lain serba tidak kena, menyinggungkan perasaan mak dan abah. kenapa ?

Akhirnya. Baru perassan, bila kata ganti nama yang digunakan ialah saya ? Bukan aku? Pening arr. Dua tiga lepas , saya bertemu jodoh dengan entry di Hannah Johary. Sangat 'ngam' di hati setiap jalan penceritaan, kisah hidup, diary satu hari ke satu hari buat aku sedar , blog ada salah satu tempat saya melepaskan pendam, sebal, bebal, merajuk, amarah dan mengelakkan tempelaknya kepada mak dan abah. Saya menjaga supaya tidak mengikut perasaan yang entah apa-apa sejak akhir-akhir ini.

Akhirnya. Saya rasa saya bersedia untuk korek satu-satu asabab yang mengganggu jiwa lara saya sekarang. Sebelum ini, tidak bersedia kah terima kenyataan? Ye saya. Ego saya penuh di dada tetapi bukan di jiwa. Belagak 'Everything gonna be alright'', akan ada prince charming datang pada kau selamat jiwa kau, soalan-soalan exam yang akhirnya saya boleh merangka jawapan yang betul selepas keluar dari dewan dan saya berkata , its okay, everything gonna be alright. Wah, ini semua adalah kebodohan. Betul. Saya hidup dengan semua kata-kata hanya untuk menyedapkan hati walaupun tidak wujud sekalipun.

Akhirnya. Saya mengaku, Semua course subjek untuk saya habiskan Ijazah di UPM , kalau dipertimbangkan balik , tidaklah susah yang dibebelkan di mulut saya pada mak. Mana la tahu, mungkin mak pertimbangkan supaya saya boleh mula mencari nafkah. Tetapi , rezeki semua di tangan Allah. Mak Cik Bedah tetap mukatamad dengan jawapan , Tolong Habiskan! Saya rasa setiap kali cubaan , cubaan untuk menggoda merayu mak, jawapannya tetap gagal. 
Pergi kelas, seronok. Buat assignment, seronok. Jumpa Penasihat Akademik, okeyla. Semuanya tidak betul di mata saya. Saya cuma tinggal saki-baki lagi setahun setengah untuk habiskan Ijazah. Saya mungkin sedar, mungkin. Akhirnya, saya bersungguh-sungguh beb, untuk grad dengan result yang boleh puaskan hati. Sempat kot rasanya. Malas nak beratkan kepala saya. 3.5 keatas , sangat mustahil itu saya janji. 
Kenapa?
Saya terfikir, saya telah membuat satu bebanan kepada mak dan abah untuk tanggung kos pembelajaran saya. Saya ada PTPTN. Ye. Tetapi , ini saya tidak tipu, kos sara hidup di sini sungguh membuatkan saya kecil hati beb. Nafsu saya lebih dari segalanya. 
Handbeg.
Baju GEEK
Kasut 

Terngiang-ngiang juga, bisik-bisik halus malah yang kasar bila mempersoalkan bila saya mau habis belajar, rasanya hampir 6 tahun . Sedih . Sedih . Serius sedih beb. Siapa yang tidak kecil hati. Sebab itu kadang-kadang saya rasa mencari nafkah, jalan yang terbaik untuk tutup mulut semua. 

Akhirnya. Saya mengaku saya sayang keluarga saya. Saya masih dijaga , ditatang , disayang sebagai anak bongsu mak dan abah. Saya sayang mak dan abah. Maafkan la Naei kalau ada salah dan silap nai pada mak. Cuma, sikap busuk nai , melampau sangat nak cetuskan keadaan. 

Akhirnya. Saya rasa saya semakin jauh berubah. Ye, berubah. Berubah menjadi terlalu paranoid dengan makhluk adam. Semakin teruk lagi, Saya semakin biadap, bercakap ikut sedap mulut, susah percaya tindak-tanduk orang lain, dan banyak lagi. Saya mengaku, beb. Semakin berani untuk apa-apa keadaan, bila saya balik baru saya tahu betapa buruknya dan bodohnya tindakan saya. Ini bukan saya. 

Akhirnya. Saya baru perasan, saya cemburu dengan kehidupan orang lain. Saya cemburu dengan kisah mereka yang mereka corakkan dan cantik hasilnya. Saya tidak tahu mana silapnya diri saya. Saya semakin  menjadi seorang pendendam. Saya langsung benci dengan kawan-kawan saya yang bahagia. Masha-Allah. Kenapa dengan saya? Harusnya, saya tumpang bahagia. Kadang-kadang, istilah tumpang bahagia ada diselit di hati saya, tetapi kadang-kadang semuanya manisan di mulut saya. Maafkan saya, kawan-kawan baik. Ini bukan saya. Tolonglah percaya. 

Akhirnya. Saya tahu, hati saya masih dipegang oleh orang yang telah menghancurkan saya. Sehinggakan, saya jadi begini. Apakah ujian yang sebenar? 

Akhirnya, bila timbul soal ini. Saya terus noktah. 

Assalamualaikum

No comments: