Followers

#006 : Hazama

Salam.
Tarikh semalam 23 Januari 2013. 
Alhamdulillah walaupun hati aku senak dan sempit untuk benarkan saluran pernafasan aku stabil dengan keluar masuk oksigen dan co2. Apa yang akan ku conteng ini bukan bermakna aku tidak boleh lepaskan sejarah yang perlu tinggalkan aku. Dan bukan bermakna aku tidak boleh mulakan hidup yang baru seperti mana - mana manusia yang tidak jemu menghentam aku supaya aku terus tinggalkan yang semua ini kenangan yang dah lepas. Kau memang petah keluar kata-kata kau, perempuan. kau perempuan dan aku pun perempuan . Tetapi mungkin disebabkan faktor usia kau , kau tak fikir kerana mungkin kau dah  di dalam zon selamat. Aku biarkan , dan tak payah kau nak memberi nasihat seperti kau sudah hidup seribu tahun dari aku. Kenapa, kau takut dengan masih adanya aku , kau akan rasa tergugat hubungan kau dan lelaki kau. Disinilah , baru boleh dinilai di mana utuhnya hubungan suci. Aku tidak sama seperti kau. Ak tidak akan pentingkan diri aku untuk menunjukkan aku menang.  Aku masih berdoa semoga kau bahagia dengan lelaki bukan milik aku yang sah dan aku masih berdoa untuk kebahagiaan dia kerana aku tidak pernah tinggalkan kenangan aku dan dia. Dan tidak bermakna aku akan kembali apa yang aku dah putuskan.  

Setiap kali, masuk sahaja 23 hb setiap haribulan, dada aku sakit. Mahu sekali aku lupa untuk nombor , cuma patah hari seperti ahad, isnin, selasa..... 

yes, aku akan bangun dan cuba fikirkan balik sesiapa sahaja yang cuba usik hati aku. Tetapi banyak side effect buruk dari baiknya buat masa ini. dendam, mungkin. serik, yes maybe. sakit hati, sikit. was-was , insyallah. Disebabkan seorang , aku menolak yang lain. Bukan menolak saudara, insyallah biar masa sahaja tentukan.

Kenapa aku , sebak suka-suki macam ni. Semuanya disebabkan Hazama. Kenapa lah setiap lagu-lagu dia meruntun jiwa aku. Malu pulak rasanya. 

Relakan Jiwa. 




Majnun




Aku mahu dia. -ini jem. aku still rindu azizi aziz . he's my bestfriend dunia akhirat, bro




Salam maulidurrasul semua.
#Cintailah Allah dan Rasullah adalah sebaik-baik cinta teragung. 
#Mungkin ini hikmahnya semua ini berlaku kerana Allah mahukan aku kembali kepada-Nya setelah lama aku lalai meninggalkannya. Subhanallah. 

Salam. 

No comments: